Monday, November 8, 2010

~~Peranan Syaitan~~

Ini merupakan video klip adaptasi mengenai syaitan berperanan supaya manusia tidak bangun solat subuh.
Hayati lah..dan ambil pengajaran.

Tuesday, October 5, 2010

SOLAT BERJEMAAH

Solat berjemaah bermaksud solat yang dilakukan lebih daripada seorang, atau secara beramai-ramai, dengan diketuai seorang imam.
Ini berdasarkan Sabda Nabi SAW:
"Solat berjemaah itu lebih afdhal (baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat" (HR Bukhari dan Muslim)
Solat berjemaah terdiri daripada seorang imam dan sekurang-kurangnya seorang makmum. Solat secara berjemaah sangat dituntut dalam Islam. Bagi Mazhab Syafie hukumnya ialah fardu kifayah, manakala sesetengah pendapat mengatakan solat berjemaah hukumnya sunat muaakad atau sunat yang sangat dituntut dalam Islam. Mereka yang terlewat mengikuti solat berjamaah, dikenali sebagai masbuq.
Antara solat yang biasa ditunaikan secara berjemaah ialah solat fardu lima waktu, solat hari raya, solat Solat Sunat Tarawih dan solat Sunat Witir. Tetapi bagi Solat Jumaat, ia wajib dikerjakan secara berjemaah.
Syarat-syarat sah solat berjemaah:
  1. Berniat mengikut/menjadi imam.
  2. Mengetahui segala apa yang dikerjakan oleh imam.
  3. Tiada dinding yang menghalangi antara imam dan makmum, kecuali bagi makmum perempuan di masjid hendaklah dibataskan dengan kain.
  4. Tidak mendahului imam dalam takbir dan tidak pula melambatkannya.
  5. Tidak mendahului imam dalam rukun-rukun sembahyang.
  6. Kedudukan imam ialah di hadapan makmum, sekurang-kurangnya di takat tumit. Makmum tidak boleh berada di hadapan atau sebaris dengan imam.
  7. Solat makmum harus sama dengan solat imam, misalnya sama-sama solat Zuhur, Jumaat, qasar, jamak dan sebagainya.
  8. Makmum lelaki tidak mengikut imam perempuan.
Semasa berniat, seseorang itu perlu menambah perkataan makmuman (makmum lelaki), makmumatan (makmum perempuan), imaman (imam lelaki) atau imamatan (imam perempuan) selepas menyebut solat yang ingin dilakukan.
Antara syarat untuk menjadi imam:
  • Bacaannya lebih baik daripada bacaan makmum.
  • Seseorang itu bukan sedang mengikut atau menjadi makmum kepada imam lain.
  • Imam itu sudah mumaiyiz.

JENIS-JENIS SOLAT SUNAT

Di dalam ajaran agama Islam,solat sunat adalah digalakkan bagi umat islam supaya dapat lebih mendekatkan diri dengan Allah SWT.Terdapat banyak solat sunat yang di ajar dalam agama Islam contohnya solat sunat terawih,solat sunat terawih ini boleh dikerjakan sebanyak 23 rakaat berserta solat witir pada akhir solat terawih tetapi ia juga boleh dilakukan sebanyak 8 rakaat sahaja kepada sesiapa yang tidak berkemampuan dan kesuntukkan masa,solat ini hanya dilakukan pada waktu malam iaitu pada selepas solat isyak.

Solat sunat aidilfitri adalah solat sunat yang dilakukan apabila menjelangnya bulan syawal iaitu pada pagi hari raya pertama .Kebiasaannya ia dilakukan secara berjemaah di masjid dan disusuli oleh 2 khutbah.Solat sunat hajat pula dilakukan apabila terdapat sesuatu hajat dan permintaan yang ingin di pohon dan solat sunat ini lebih afdal dilakukan pada tengah malam.Dalam islam juga terdapat solat yang bertujuan untuk mendapatkan petunjuk yang baik dari Allah,solat yang dimaksudkan adalah solat istikharah.Solat sunat istikharah adalah sesuai untuk sesiapa yang sedang menghadapi masalah,ragu-ragu dalam membuat keputusan dan keliru dalam membuat pilihan.Masa yang sesuai untuk melakukan solat ini adala pada 2/3 malam.

Solat sunat jenazah merupakan solat sunat yang dilakukan apabila berlakunya kematian dan ia adalah sunat mu'akad dimana jika ada terdapat sesiapa yang menyolatkan jenazah tersebut maka kita tidak diwajibkan,tetapi jika tiada yang menyolatkan jenazah tersebut maka kita diwajibkan.Solat sunat jenazah ini tidak mempunyai rakaat dan Cuma mempunyai 4 kali takbirratulahram.Terdapat juga solat sunat taubat di dalam ajaran islam,solat sunat ini bertujuan untuk bertaubat dan meminta ampun kepada allah atas segala dosa dan kejahatan yang dilakukan sebelumnya.Solat sunat taubat perlu dilakukan dengan hati yang ikhlas,tulus dan bertekad untuk tidak mengulangi segala dosanya.Ini kerana solat sunat taubat tidak akan diterima jika tidak dilakukan dengan bersungguh-sungguh


Terdapat pelbagai lagi solat sunat dalam agama islam,contoh yang lain adalah seperti solat sunat rawatib,solat sunat syukur,solat sunat tahajud,solat sunat gerhana,solat sunat ihram,solat sunat jumaat,solat sunat,solat sunat azan,solat sunat dhuha dan banyak.Tetapi terdapat sesuatu perkara yang pelu diingat ,solat solat sunat ini semua tidak akan diterima oleh Allah SWT jika kita tidak menjaga dan mengabaikan solat fardu 5 waktu sehari semalam.
 

SOLAT SUNAT

Solat sunat merupakan salah satu ibadah bagi umat agama islam dan memperoleh pahala yang besar bagi sesiapa yang mengerjakannya tetapi tidak mendapat dosa atau siksaan apabila solat sunat ini tidak dilakukan.Solat-solat sunat ini boleh dikerjakan secara bersendirian mahupun hendak berjemaah dan ia berbeza dengan solat-solat fardu lima waktu yang digalakkan untuk berjemaah.Solat-solat sunat ini dikerjakan atas tujuan tertentu seperti ingin membuat hajat kepada allah,memohon kepada allah supaya menurunkan hujan,dan sebagainya namun begitu solat sunat juga dilakukan apabila tiba hari-hari tertentu contohnya solat sunat aidilfitri yang dikerjakan pada pagi hari pertama bulan syawal .

SOLAT JAMAK TAKHIR DAN SYARAT-SYARATNYA

Jamak Takkhir dilakukan solat Zohor dan solat Asar pada waktu Asar, atau solat Maghrib dan solat Isya’ dilakukan dalam waktu Isya’. Dinamakan solat ini dengan Jamak Takkhir kerana solat pertama yang telah tamat waktunya itu dibawa ke solat yang kedua.


Syarat-syarat Jamak Takkhir:

  1. Hendaklah berniat Jamak Takkhir sebelum habis waktu solat yang pertama (umpamanya berniat Jamak Takkhir untuk solat Zohor bersama solat Asar, sebelum tamat waktu Zohor). Jika ia tidak berbuat demikian hukumnya haram mentakkhirkan solat yang pertama itu daripada waktunya dan solat itu jadi qada’ pada waktu yang kedua.
  2. Hendaklah berkekalan musafirnya itu sehingga diselesaikan solat yang kedua, dan sekiranya ia telah jadi mukim sebelum selesai solat yang kedua nescaya yang pertama itu jadi solat qada’.